Semalam, tanggal 24 May 2011 [rasa macam berita plak],
aku keluar dengan my housemate [kina a.k.a mak]
da lama xtengok wayang bersama.. acece.. sedangkan ko baru je gi tengok sorang-sorang ari tu mimi.. tapi kali nie berdua plak la.. hehe..
honestly,
aku memang suka tengok wayang.. kira banyak jugak la aku da sumbangkan untuk movie nie..
da macam hobi kumpul setem.. hahaha..
nak kata terkenan masa mama aku mengandungkan aku, xada plak ma aku cerita yg dia mengidam nak tengok wayang tapi xdapat time mengandungkan aku..
o_o???
ntah! malas aku nak pikir.. hohoho..
sambung-sambung!!
aku pun decide la dengan kina nak tengok ce
rita apa..
pirates of the caribbean 4 ke atau nur kasih the movie..
macam yang dinyatakan pada tajuk post nie..
kitorang pilih NUR KASIH THE MOVIE [NKTM]!!
[sila tepuk tangan bagi kipas-susah-mati NKTM.. tepuk3!!]
nak jugak tengok cerita yg dikatakan pecah panggung dengan serbuan peminat nie kan..

lepas Maghrib, kitorang pun keluar menuju ke Sunway Carnival Mall a.k.a SCM..
[sape duduk Penang xtahu SCM sini aku nak tepuk pale laju2]
kitorang beli la tiket pukul 9.40 pm..
disebabkan awal lagi, kitorang decide nak makan dulu la..
kitorang pun pergi la Noodle Station..
pesan Tomyam Fried Rice & Ice Lemon Tea..
sedap!! [bagi aku la]
bila da habis makan + bayar,
kitorang pun g la menonton NKTM..


[Tomyam Fried Rice]
Overall..
aku rasa cerita tu OK n best la..
even xsampai la tahap buat aku rasa teruja bila da habis tengok..
[macam lepas aku tengok Upin Ipin : GENG!!]
aku xtau nak bagi komen bagi cerita tu best n aku juga xtau apa yg buat dia xbest sangat..
tapi tu la pendapat aku..
aku bagi 3/5 bintang [*]
tahniah NKTM.. ^_^