AkU kAh???

My photo
aku seorang insan yg sedang cuba menjadi yg lebih baik dari yg sebelum nie.. banyak lagi yg 'berlubang' dalam diri aku.. aku xbaik tapi aku cuba jadi xjahat lagi.. insyaAllah.. (",)
AkU PeRcAyA YaNg IdOp NiE MaCaM KiTa PuKuL BoLa TeNiS Ke DiNdInG.. Ia AkAn MeLaNtUn BaLiK PaDa KiTa.. BiLa KiTa BuAt BaIk/JaHaT, BaLaSaN PuN AkAn SaMa.. DaN BiLa KiTa SeDaR Yg KiTa Da BuAt SaLaH, MiNtA MaAf & BeRtAuBaT La.. BiLa KiTa MaAfKaN OrAnG, iNsYaAllah KiTa JuGa AkAn DiMaAfKaN.. JaNgAn InGat CuMa OrAnG Je BuAt JaHat PaDa KiTa TaPi InGaT La SaLaH Yg KiTa Da BuAt KaT OrAnG LaIn.. MaRi La SaLiNg MeNgInGaTi..(",)

Thursday, November 21, 2013

I want it so bad!

Ya Allah.. Aku nak.. Teringin sangat.. Tapi rasa macam tak mampu je.. Nal sangat iPhone tuu..


sEdEy La KaLu xDe KoMeN.. MeH La KoMeN.. LiKe LaGi AkU SuKa..(",)

Tuesday, November 20, 2012

LeMaHnYa AkU

Ya Allah..
penatnya idop aku skarang..
terlalu banyak nak dibuat..
terlalu sedikit masa yg ada..
emosi semakin terganggu..
semakin banyak luka di hati..

Ya Allah.. 
kenapa hati selemah ini..
sedang diri belum mahu berhenti..
='(

sEdEy La KaLu xDe KoMeN.. MeH La KoMeN.. LiKe LaGi AkU SuKa..(",)

Thursday, November 8, 2012

Aku memohon kekuatan dariNya.

aku tak pernah berhenti percaya yang setiap kejadian itu pasti ada hikmah atau 'hadiah' yang Allah sediakan untuk kita. aku cuba positif dari hari ke sehari. terasa lelahnya cuma Allah yang tahu. aku pujuk hati "Mimi, ada yang lagi susah dari nie." maka aku akan berhenti atau lebih tepat menyimpan sebentar rasa lelah itu. pasti sekali tak lama dapat aku bendung. aku kembali lelah dan semakin lemah. lalu aku ulang melakukannya. itu yang dapat aku lakukan untuk sementara waktu. aku cuba bertahan dan kadang aku rasa aku lari dari masalah untuk seketika. aku senyum aku ketawa, tapi cuma Allah yang tahu apa yang ada dalam hati aku. 

maafkan aku Ya Allah. untuk setiap keluhan ini. sentiasa la bersamaku Ya Allah kerana Engkau lah kekuatan ku. 

untuk adik ku yang sedang di uji oleh Allah, semoga kau kuat dan tak berhenti berdoa diberi lebih kekuatan. katahuilah yang kami (mama, ayah, abang & angah) terlalu sayangkanmu. kami sentiasa ada bersamamu. kesakitan yang kau rasakan pasti sekali membawa kami merasainya bersama walaupun berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. serasa luluh hati kami melihat setiap luka yg terlahir di tubuhmu. walau bagaimana pun rupa atau keadaanmu selepas ini, percayalah, kau tetap Adik yang sama seperti dahulu. doa kami tak pernah berhenti untuk melihat kau kembali sihat seperti dulu. cuma kami harap kau akan terus tabah melalui ujian ini. kuat la untuk ibu mu dan kuat la untuk ayah mu. mereka sanggup berkorban apa sahaja. kurangkan la kegusaran hati mereka dengan terus kuat dan tabah.

beri la dia kekatan Ya Allah. ringankan la ujian untuknya. Amin. (T_T)

sEdEy La KaLu xDe KoMeN.. MeH La KoMeN.. LiKe LaGi AkU SuKa..(",)

Wednesday, October 31, 2012

KiTa sLaLu LaLai

kita mungkin terlepas pandang.
kita slalu ambik mudah.
atau sebenarnya kita memang lalai.

kita abaikan orang yg slalu ambik berat pada kita.
kita rasa dia da ikhlas buat so kita tak perlu hargai.
kita tangguhkan rasa nak ucap trima kasih walaupun xsusah mana pun.
kita abaikan apa yg dia cuba buat untuk kita, untuk kesenangan kita.
mungkin sebab kita fikir sampai bila-bila pn dia akan tolong kita.

bila baru nak hargai dia?
bila dia dah tak ada dalam hidup kita baru kita nak tunjuk yg kita hargai dia?
untuk apa? dah terlambat.

hargai la orang yg buat baik dengan kita.
dia tak minta pn dijulang stinggi langit.
dia tak minta wang ringgit.

dengan senyuman, "Terima Kasih" dan perhatian dengan apa yg dia beri atau buat,
da cukup untuk menghargai kebaikan yg orang lain buat untuk kita.

jangan kita lalai.
jangan kita bongkak.
jangan ambil mudah.
sebab kebaikan yg ikhlas itu bukan senang untuk didapati.

Hargailah... (^_^)

sEdEy La KaLu xDe KoMeN.. MeH La KoMeN.. LiKe LaGi AkU SuKa..(",)

Wednesday, September 26, 2012

Aku Yang Hari Ini.

Aku yg hari ini..
aku mencuba menjadi seorang anak, student n kawan yg lebih positif..
Positive a.k.a positif..
menjadi sumber kekuatan dalam aku terus meniti hari-hari yg penuh dengan emosinya..
yg mana aku berfikir, emosi itu membawa kita ke kepada masalah @ kemenangan..
bila mana kita membawa emosi kepada negative, sesuatu itu akan jadi masalah..
bukan cuma masalah yg ada, bahkan menambah pemasalahan yg baru..
tetapi.. 
apabila kita dapat menjadikan pandangan & pemandangan kita positive
kita pasti akan beroleh kemenangan mengatasi emosi & situasi..
mungkin lebih mudah utk berkata-kata..
Hakikatnya?? 
aku melaluinya dan aku akan terus mencuba..
sebabnya ia bukan utk aku saja tapi utk mereka dsisi juga..
emosi itu PASTI akan terbias pada mereka yg mungkin terlibat mahupun tidak..
positive emosi kita orang lain akan merasa sama..
negative emosi kita mungkin ada hati yg terluka kerna kita, samada sengaja mahupun tidak..

Aku yg hari ini..
cuba selesaikan semua masalah n cuba tak terlibat dengan masalah..
bukan bemakna aku pengecut @ takut cabaran..
sebagai student, aku tak nak & sboleh-bolehnya tidak mahu (HeHe) ada yg mengganggu jiwa aku dalam menuntut ilmu..
kalu boleh selesaikan aku akan cuba..
aku cuma nak enjoy life as a student nie lg setahun je.. 
after this, life will be different then this..
yg mana aku masih merangka-rangka future langkahku.. HeHeHe..
smoga ia akan lebih indah.. insyaAllah..

Aku yg hari ini..
belajar menerima setiap kesalahan yg dilakukan..
belajar menjadi lebih bertanggungjawab dengan salah sendiri..
aku perlu berdepan walau hukumannya ego aku sendiri..
aku belajar meminta maaf & memaafkan..
sesungguhnya, 
untuk dimaafkan kita perlu memaafkan.. =)

Aku yg hari ini..
ingin cuba kembali menjadi penulis blog..
melakar pelangi indah, panas matahari, ribut salji mahupun hujan rahmat dalam hidupku..
mencabul sedikit dari waktu yg dianugerahkan untuk mencoret..
semoga Allah memakhbulkan setiap doaku..
Amin..

sEdEy La KaLu xDe KoMeN.. MeH La KoMeN.. LiKe LaGi AkU SuKa..(",)

Sunday, October 16, 2011

Fuh! Fuh! imim datang balik!!


RASA da lama aku x update blog..
last bila ek??
jap2.. nak check..

ok! 18 September 2011..
ari nie??
16 Oktober 2011..
da sebulan da pun.. baru sebulan bukan setahun pun.. ye dak?
Abg. Zack x update lagi lama.. kikiki
so kalu post kali nie panjang al-faham je la ek..(",)

Alhamdulillah.. aku da selamat berpijak sekali lagi di UiTM untuk sesi degree plak..
nie salah satu alasan nape aku da sebulan x update..
sehakikatnya, aku memang terkejut budaya di sini..
tapi xde la sampai baju aku da tinggi dari pusat.. xsenonoh pompuan nie
bukan kejutan budaya yg tu..
maksud aku dari kehidupan seharian dia..
b4 nie sepanjang dip aku hidup selesa di utara tanah air..
makannya murah, selesanya ke kanan kiri, bergembira sesenang hati..
di sini  keadaan SEBALIKNYA.. -_-"

aku cuba sebaik mungkin mem'bajet' duit aku sedaya mampu..
bukti?? turun 4kg kot!! kau ada?? ayat minta penampar.. kahkahkah..
xde la.. 4kg tu sebab aku pegi kem, naik turun tngga 3 tingkat coz bilik aku kt tingkat 3,
tambahan pula (ayat skema) fakulti aku tu kat kawasan bukit so panjat turun bukit la..

duduk sini da pandai jumpa retis da..
ari tu nak tengok wayang sangat tapi xmampu nak g panggung so tengok je la tayangan dalam U nie kan..
cite apa?? LIBAS.. ala yg cite pasal sepak takraw tu la..
aku jumpa Uncle Rosyam you!! hahaha..
mimi memang jakun bab2 retis nie.. -_-"


aku 1 bilik dengan Cik An n 2 kenalan baru..
Miss Effa n Miss Marz..
kanak-kanak nie memang best..
1st time aku jumpa orang yg minat handbag.. fanatik habis taw.. bukan yg amatur punya minat..
Miss Effa baru je beli handbag dengan harga MYR 1150!! kelas kau Jah!!
serious aku terkejut at 1st..
tapi bila aku pikir balik biasa la kalu da minat kan..
aku pon sanggup belanjakan banyak duit untuk benda yg aku minat..
cakap pasal handphone la tu, mimi xde lain dah, itu je minatnya


Alhamdulillah, PTPTN baru masuk.. rasa la 'bernyawa' sikit..
phuuu....
tapi aku da takut dengan diri sendiri.. camne?? kikikiki
minggu nie busy sikit dengan test bagai.. study keh??
degree nie aku rasa lebih mencabar dari dip..
kalu dak xde la degree tu lepas dip kan..
baik la buat b4 dip.. ye dak?? hehehehe..
aku cuba jadi lebih baik dari time dip.. aku perlu!!
kalu x sia2 je la aku berpening lalat masuk sini..
baik duduk utara cari kerja.. =D

kau orang doa2 kan la aku kat sini k..
semoga Allah sentiasa merahmati kita.. Amin..(",)

sEdEy La KaLu xDe KoMeN.. MeH La KoMeN.. LiKe LaGi AkU SuKa..(",)

Sunday, September 18, 2011

Saling Melengkapi!!

Sape dia? Dia lelaki ajnabi yg pertama di hati aku walaupun yg ke-3 sepanjang hidup aku smpai hari ini.. aku berdoa dia akan jadi yg terakhir n berakhir dengan hubungan yg halal di sisi agama.. Amin.. banyak yg istimewa dia pada aku.. mungkin x pada orang lain.. tapi ye bagi aku.. kesabarannya menjadi asas pada hubungan nie.. aku kurang kesabaran.. hehehe.. keyakinan dia yg meyakinkan aku yg aku xkurang dari orang lain.. walau aku xsecantik @ sehebat orang lain.. banyak lagi istimewanya dia pada aku cuma biar la jadi rahsia istimewa aku..

TaPi......

ada 2 benda yg menjadi kelemahan dia pada orang lain tapi kelebihan pulak pada aku.. hehehe.. apa?? 1st, dia nie pemalu sangat dengan perempuan terutamanya n dengan orang yg dia xkenal.. dalam erti kata lain dia ada masalah bermesra dengan mereka yg aku nyatakan tadi.. memang aku xsalahkan kawan aku bila dia orang cakap yg dia nie batu (bak kata hasna *hasna anti Ijat =D) sombong @ pape yg berkenaan la.. itu dia di mata mereka.. di pandangan aku, kelemahan dia tu yg menjadikan hubungan nie bertahan sampai ke hari nie.. macam mana?? lu pikir la sendiri.. kikikiki...
2nd, dia memang ada masalah communication skill.. sangat! dengan orang yg dia xmesra a.k.a x'kenal' dia, 1 ayat yg ada 10 patah perkataan pown blom tentu dapat dengar.. masalah kan?? tapi.. tu pown 1 advantage bagi aku.. tu pown korang kena pikir sendiri.. hehehe.. actually, dia dengan aku xde la macam tu.. dia cakap jugak (selepas di marah bertubi-tubi).. dia lebih kepada pendengar.. aku yg banyak bercakap.. yela.. kalu 2-2 bercakap sape plak nak dengar kan.. ye dak?? 

kesimpulannya, ingat simpul kasih ke?? siapa pown dia, macam mana pown dia, apa kelemahan dia @ kelebihan dia, terima la dia seperti mana dia terima diri kita.. doakan yg kita akan saling melengkapi.. semoga kelemahan dia menjadi kelebihan kita dan kelemahan kita menjadi kelebihan dia.. jangan kita pandang rendah pada pasangan kita sebab kita sendiri blom cukup sempurna.. kenapa mengharap lelaki sebaik Saidina Ali kalau diri xsebaik Saidatina Fatimah? tapi sentiasa la mencuba merubah diri kita menjadi lebih baik agar kita mendapat pasangan yg juga sama baik.. bukankah lelaki yg baik untuk perempuan yg baik dan begitulah sebaliknya.. ^__^

KiTa AkAn SaLiNg MeLeNgKaPi!!

sEdEy La KaLu xDe KoMeN.. MeH La KoMeN.. LiKe LaGi AkU SuKa..(",)