AkU kAh???

My photo
aku seorang insan yg sedang cuba menjadi yg lebih baik dari yg sebelum nie.. banyak lagi yg 'berlubang' dalam diri aku.. aku xbaik tapi aku cuba jadi xjahat lagi.. insyaAllah.. (",)
AkU PeRcAyA YaNg IdOp NiE MaCaM KiTa PuKuL BoLa TeNiS Ke DiNdInG.. Ia AkAn MeLaNtUn BaLiK PaDa KiTa.. BiLa KiTa BuAt BaIk/JaHaT, BaLaSaN PuN AkAn SaMa.. DaN BiLa KiTa SeDaR Yg KiTa Da BuAt SaLaH, MiNtA MaAf & BeRtAuBaT La.. BiLa KiTa MaAfKaN OrAnG, iNsYaAllah KiTa JuGa AkAn DiMaAfKaN.. JaNgAn InGat CuMa OrAnG Je BuAt JaHat PaDa KiTa TaPi InGaT La SaLaH Yg KiTa Da BuAt KaT OrAnG LaIn.. MaRi La SaLiNg MeNgInGaTi..(",)

Monday, August 8, 2011

Jom Kusyuk Sama-sama.. ^_^

ari nie aku nak berkongsi dengan pembaca blog aku nie..
[ada ke yg baca??]
xkesah la.. yg penting aku nak berkongsi..
sempena bulan Ramadhan nie kan..
kita masing2 nak tingkatkan amalan kan..
aku nak cite pasal kusyuk dalam solat..
coz b4 nie bila aku solat otak aku akan melalut ke lain..
pikir keje xbuat lagi la, esok nak p mana la,
bila nak dapat jumpa Khloe Kardashian la [perlukah??]
ok! xperlu.. sepatutnya tumpuan 120% pada Allah..
so aku pun google la caranya.. [apa guna internet kan??]
salah satu cara kita kena fahami maksud dalam solat..

nie la yg aku nak kongsikan.. maksud bacaan dalam solat..
jom study sama2.. ^__^

Maksud bacaan dalam solat..

Takbir
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika Duduk di antara dua Sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Maksud Salam
Selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu

Maksud Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

p/s: yg buruk datang dari aku dan yg baik datang dari Allah.. Amin..


sEdEy La KaLu xDe KoMeN.. MeH La KoMeN.. LiKe LaGi AkU SuKa..(",)

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.